Menu
Usahawan Sukses STRATEGI RAKAN PINTARBermula pada tahun 2007, majalah Usahawan Sukses telah membuat beberapa perubahan pada halatuju editorial dan menekankan kepada strategi rakan pintar sama ada dengan kementerian, agensi dan juga para usahawan. Pada tahun 2007, Usahawan Sukses telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) bagi Program Promosi Pengiklanan Bersama Media. Program ini membolehkan para usahawan mengiklankan produk mereka di dalam Usahawan Sukses dengan menikmati promosi diskaun sebanyak 50%.
Pada tahun yang sama juga, Usahawan Sukses telah menandatangani perjanjian dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SME Bank untuk bekerjasama memaparkan aktiviti keusahawanan dan usahawan-usahawan di bawah organisasi tersebut.
Pada 4 dan 5 Februari 2008, bertempat di KLCC Convention Center sekali lagi Usahawan Sukses dilantik sebagai salah satu media cetak bagi menjayakan Program Promosi Pengiklanan Bersama Media. Dan, pada 26 Februari 2008 juga, Usahawan Sukses telah dilantik menjadi Rakan Media Rasmi bagi Seminar Vanila Malaysia 2008 anjuran Vanilla Biomatric Sdn Bhd dengan kerjasama Malaysia Herbal Corporation.
Menu
Usahawan Sukses STRATEGI RAKAN PINTARBerkaitan
Usahawan Usahawan Sukses Usahawan Cilik - Manik Merah Jambu Usahawan Cilik - Taman botani Harapan Usahawan Cilik - Homestay Bayu Usahawan Cilik: Garaj Aiman Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman Usahawan Cilik: Biskut Ajaib Usahawan Cilik-Puteri Kristal Usahawan Cilik - Nasi Lemak BondaRujukan
WikiPedia: Usahawan Sukses http://www.usahawansukses.com.my/